• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Datang Lagi

oleh
15/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERIMA kasih pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Terima kasih diatas sikap tidak lokek DYMM Tunku Mahkota Johor untuk berkongsi kepakaran, kemudahan, kelengkapan dan kejayaan kelab JDT untuk pasukan negara.

Kesudian baginda menawarkan diri mengemudi skuad Harimau Malaya membuktikan sesuatu tentang Harimau Selatan dan keperibadian Tunku Ismail.

Benar JDT dalam saingan Liga Malaysia sentiasa berusaha mendominasi segala-galanya. Daripada kejuaraan sehinggalah kepada pemain terbaik.

Itu norma biasa dan lumrah dalam industri sukan bola sepak. Tetapi apabila bercerita tentang keperluan negara, JDT paling keterhadapan.

Tunku Mahkota Johor sekali lagi membuktikan betapa Harimau Selatan tidak ‘selfish’ apabila membabitkan kepentingan Malaysia.

Rata-rata peminat bola sepak Malaysia memberi respon positif menyambut baik niat Tunku Ismail. Syukran jazilan. “It is a great honour”.

Mereka dengan penuh pengharapan tawaran dikemukakan baginda itu akan dipersetujui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini menandakan rakyat amat mengalu-alukan sentuhan pengurusan kelab bola sepak JDT dalam pasukan Harimau Malaya.

Tetapi ada sedikit nasihat kepada seluruh peminat sukan bola sepak tanah air. Sila ambil iktibar apa yang berlaku pada 15 Mac 2018.

Mungkin ada sudah terlupa Tunku Ismail pernah menjadi Presiden FAM dan sepatutnya masih memegang jawatan itu ketika ini.

Baginda sepatutnya menjadi Presiden FAM bagi penggal 2017-2021.

Namun baginda letak jawatan hanya selepas kira-kira 14 bulan memegang jawatan itu dengan pandangan ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga.

Bagi mereka yang memahami, penurunan ranking diyakini bukan punca utama baginda mengumumkan keputusan tersebut.

Baginda ketika itu sebenarnya “on the right track” untuk memartabatkan semula sukan bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail dalam proses memperbaiki sistem bola sepak Malaysia, malah banyak perkara telah pun diperbaiki dalam tempoh yang singkat.

Struktur organisasi pengurusan, pasukan, penajaan, kedudukan kewangan, peruntukkan hasil hak penyiaran, pembangunan skuad B23, B19, B16 dan banyak lagi.

Apa yang dilakukan baginda bertepatan iaitu bola sepak Malaysia perlu diperbaiki pada peringkat paling asas untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar.

Ia merupakan projek jangka masa panjang yang pasti memakan masa setapak demi setapak, tahun demi tahun untuk keberhasilan.

Tetapi malangnya sebilangan peminat bola sepak Malaysia, para penganalisis dan pihak media tidak tahu bersyukur.

Berterusan memberi tekanan demi tekanan seolah-olah mahu baginda berundur segera daripada kerusi Presiden FAM.

Penyokong Harimau Selatan yang tidak tertahan hati dengan layanan diterima ‘boss’ mereka turut merayu Tunku Ismail pulang ke Johor.

Dan bagi memuaskan hati semua pihak baginda membuat keputusan yang memeranjatkan tersebut.

Maka berakhirlah sebuah projek, misi dan visi jangka masa panjang untuk menjulang semula Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Justeru kali ini kita tidak boleh silap lagi. Kita perlu menaruh sokongan dan keyakinan penuh kepada Tunku Mahkota Johor kali ini.

Kena ingat baginda mengambil masa beberapa tahun mentransformasikan kelab bola sepak JDT sehingga ke puncak kejayaan dikecapinya hari ini.

Justeru Tunku Ismail perlu diberi ruang, masa dan peluang secukupnya untuk melakukannya kepada Harimau Malaya.

Seperti titah baginda semalam:

“Saya tidak boleh janjikan kejayaan segera, tetapi saya boleh beri jaminan kemajuan. Selangkah demi selangkah.” – Mynewshub.TV

Tags: Harimau MalayaJDTPresiden FAMTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd