• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Hassanal Saran Hentikan Aktiviti Lombong Di Tasik Chini

oleh
14/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, saranan itu selepas baginda mengadakan lawatan mengejut di sekitar kawasan Tasik Chini, semalam.

Katanya, baginda juga meneliti laporan dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Roasdy Wan Ismail berhubung aktiviti perlombongan di kawasan terbabit serta tindakan pemulihan dan pemeliharaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

“Baginda bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan baharu sejak 2019.

“Baginda selanjutnya menitahkan kerajaan negeri bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam bidang kuasa masing-masing dapat mengambil beberapa langkah.

“Tasik Chini merupakan permata alam sekitar di bumi negeri Pahang Darul Makmur dan merupakan Tanah Rizab Bisfera Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang pertama di negara ini.

“Justeru pengiktirafan bertaraf dunia itu hendaklah dipertahankan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, baginda mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk memastikan alam sekitar di Pahang sentiasa terjaga.

Katanya, baginda menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus takbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

“Oleh itu, kawasan bekas lombong dipulihkan semua dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian.

“Selain itu meluaskan lagi kawasan Hutan Simpan Chini yang sedia ada seluas 4,600 hektar kepada kira-kira 6,000 hingga 7,000 hektar bagi menjaga kepentingan flora dan fauna di kawasan Tasik Chini dan sekitarnya.

“Tasik Chini yang diberi status tapak rizab biosfera Unesco dapat diberi keutamaan dari sudut peruntukan kewangan dan pembangunan yang lestari oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Alam Sekitar dan Air,” katanya.

Beliau berkata, baginda berharap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan Tasik Chini yang sedang dilaksanakan dipergiatkan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, aktiviti penguatkuasaan diperkasakan dan dilaksanakan secara bersepadu dan berkala membabitkan agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan.

“Justeru, baginda bertitah adalah menjadi peranan semua pihak tanpa mengira latar belakang sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), termasuk penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kawasan Tasik Chini agar keindahan flora dan fauna serta penempatan masyarakat Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut akan terus terpelihara,” katanya. – myMetro Online

Tags: Perlombongantasik chiniTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini Dicadang Diperluas

Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini Dicadang Diperluas

13/09/2022
0

KUANTAN: Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan) siap disediakan selaras peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta...

Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin

Tiada Lagi Kebenaran Gali Pasir, Mineral Di Tasik Chini – Takiyuddin

03/08/2022
0

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (Ketsa) menegaskan semua aktiviti yang boleh menjejaskan alam sekitar termasuk kelulusan pengambilan pasir dan mineral...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd