• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Parlimen Hibrid Selewatnya Minggu Pertama September

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Parlimen secara hibrid dijangka boleh diadakan akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama berkata, tarikh itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan semua aspek perundangan di peringkat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat terlebih dahulu, dijangka pada akhir Julai.

Katanya, dengan andaian itu, dicadangkan satu Sidang Khas Parlimen diadakan awal Ogos tertakluk prosedur operasi standard (SOP) ketat dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Sesi sidang khas ini penting untuk memastikan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perincian mengenai hal-hal resolusi yang diperlukan untuk diterima pakai berkaitan perancangan mengadakan sidang Parlimen secara hibrid merangkumi beberapa pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat, takrif-takrif persidangan maya, penyelarasan tanggungjawab Ahli Parlimen serta perkara-perkara teknikal yang berkaitan.

“Sekiranya cadangan ini diterima oleh kedua-dua Dewan, sedikit masa lagi diperlukan oleh Parlimen untuk memperoleh bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian, pentauliahan dan juga latihan kepada petugas dan Ahli-ahli Parlimen.

“Mengambil kira perkara-perkara ini dan tertakluk kepada keperluan di atas, dijangka persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021,” menurut kenyataan itu. – BH Online

Tags: hibridpersidangan parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Laksana Pembelajaran Secara Hibrid, Anjal

KPT Laksana Pembelajaran Secara Hibrid, Anjal

04/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkenalkan sistem pembelajaran secara hibrid dan ajal untuk setiap mahasiswa sebagai salah...

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd