• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Kes Rogol ADUN Tronoh Beri Keterangan Tertutup

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua saksi termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini secara tertutup, mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan inkuiri yang dijalankan, yang mana terdapat keperluan bagi kedua-dua saksi dilindungi mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Seksyen 265A Kanun Tatacara Jenayah.

“Identiti kedua-dua saksi akan dilindungi ketika proses perbicaraan secara tertutup dan Seksyen 15 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, akan diguna pakai.

“Kedua-dua saksi terlindung akan memberi keterangan secara tertutup di mahkamah dan hanya boleh dilihat hakim, serta saksi akan dirujuk sebagai saksi terlindung,” katanya pada prosiding dijalankan melalui aplikasi Zoom hari ini.

Abdul Wahab berkata, pengecaman saksi juga perlu dilakukan secara tertutup dan identiti saksi terlindung dan tiada sesiapa boleh menyiarkan nama, alamat atau foto saksi terlindung, atau sebarang keterangan membawa pengenalan mereka di dalam kes ini.

Bagaimanapun katanya, suara saksi boleh didengari pihak pendakwaan dan peguam tanpa melihat saksi, ketika memberi keterangan.

Katanya, mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan pada 12 hingga 16 Julai ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan terkini.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fitri Sadarudin, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Pada 28 Mei lalu, Abdul Wahab dilaporkan berkata, mahkamah akan membuat inkuiri terhadap kedua-dua saksi dalam kes itu terlebih dulu, sebelum membuat keputusan berhubung permohonan pendakwaan supaya dua saksi itu memberi keterangan secara tertutup, mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Pada 6 April lalu, Pengarah Pendakwaan Perak, Datuk Jamil Aripin memaklumkan, dua saksi itu adalah peserta Program Perlindungan Saksi di bawah akta berkenaan dan menyatakan hasrat mereka untuk memberi keterangan secara tertutup, tanpa dilihat tertuduh dan peguamnya serta enggan identitinya didedahkan.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan beberapa orang saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula pada 5 April lalu.

Paul Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Paul Yong kali pertama didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini, pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – BERNAMA

Tags: ADUN Tronohpaul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

ADUN Tronoh Dipenjara 13 Tahun, Dua Sebatan

27/07/2022
0

IPOH : Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul...

Kes Rogol: Nasib ADUN Tronoh Diketahui 29 Jun Ini

17/05/2022
0

IPOH – Keputusan sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah atau dibebaskan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd