• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombongan Ebit Dibenar Masuk Ke Gaza Sampaikan Bantuan

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ebit Lew dan rombongannya kini dibenarkan masuk ke Gaza, Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Ebit dalam hantaran di laman sosial miliknya sebentar tadi memaklumkan mereka masuk diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

Beliau turut memaklumkan, berdasarkan maklumat Kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, rombongan mereka adalah pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu sempadan Rafah selepas perang, baru-baru ini.

“Syukur pada Allah rombongan kami berada di Gaza, Palestin.

“Namun ada lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu,” katanya.

Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membantu rombongannya dari awal.

“Setiap hari kami bermesej. Datuk Seri telefon Kementerian Luar Mesir dan terus ke Mesir untuk membantu kami secara terus dan turut meminta saya menjaga pasukan kami.

“Walaupun terlambat seminit, betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita,” katanya.

Ebit juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia dan pasukan yang banyak membantu rombongannya seperti sebuah keluarga.

Selain itu beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan menyumbang dalam menjayakan misi itu.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dengan menyebut misi kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Palestin Red Crescent Society dan Malaysia Red Cresent.

“Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan,” katanya.

Ebit turut memohon maaf kerana tidak mengemas kini mengenai misi itu di mana-mana laman sosial atas faktor keselamatan.

Ebit dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu dan dua hari kemudian melalui satu hantaran di Facebook beliau memaklumkan selamat tiba di Mesir.

Beliau turut memaklumkan sudah membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang akan dibawa menggunakan dua treler dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital Gaza pada hari terbabit.

Bagaimanapun, banyak pihak kemudian tertanya-tanya mengenai status keadaannya serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan selepas tidak lagi mengemas kini laman sosial selepas itu.

Namun pada 12 Jun lalu, Ebit memuat naik gambarnya di Facebook dan Instagram namun tidak menyatakan lokasi sebaliknya meminta masyarakat mendoakan kejayaan misi.

Pada 19 Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri Kamarulzaman memaklumkan Ebit dan rombongannya sudah mendapat kebenaran awal untuk memasuki Gaza.

Namun berdasarkan maklumat, pihak berkuasa tempatan meletakkan beberapa syarat tambahan untuk dipatuhi pasukan misi kemanusiaan itu.

Syarat itu antaranya bertujuan memastikan keselamatan rombongan perjalanan masuk misi bantuan kemanusiaan itu ke Gaza. – BH Online

Tags: bantuan kemanusiaanEbit LewGazaPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd