• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat ‘Kenduri Durian’ Ahli Parlimen Batu Pahat

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Polis membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan video ‘kenduri durian’ tular hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu dan individu yang terbabit dalam video itu bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi berkata, video yang tular itu adalah video lama yang dirakam sebelum PKP dilaksanakan tahun lalu.

“Tiadalah, itu video lama. Saya ingat itu (video) tahun lepas punya sebelum PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 13 saat majlis kenduri durian di sebuah kebun dipercayai di Batu Pahat dengan kehadiran individu didakwa sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. – myMetro Online

Tags: kenduri durianlanggar SOPtimbalan yang dipertua dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Hishammuddin Digesa Letak Jawatan Kerana Langgar SOP

14/02/2022
0

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd