• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perkampungan’ Haram Warga Asing Diserbu Penguat Kuasa

oleh
07/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Seramai 156 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di ‘perkampungan’ rumah kongsi dilengkapi elektrik dan air yang dicuri di kawasan tanah terbiar di Cyberjaya, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula kira-kira 11 malam itu, 202 warga asing diperiksa termasuk 12 wanita berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun dan dua kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Pakistan, Bangladesh, Pakistan dan India.

Beliau berkata, mereka ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke pusat saringan Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Katanya serbuan ke atas penempatan haram yang turut mempunyai kedai kopi dan gunting rambut itu dijalankan dengan kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Tenaga Kerja, hasil risikan selama tiga bulan.

“Penempatan ini berpotensi menjadi punca penularan Covid-19 kerana tiada pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti berkumpulan,” katanya dalam sidang media selepas selepas operasi berkenaan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dzaimee menafikan dakwaan bahawa pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin namun tidak menahan atau mendakwa majikan di mahkamah.

“Dakwaan ini tidak benar kerana pada 2019, sebanyak 1,059 majikan yang telah kita hadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dengan jumlah denda RM19.3 juta,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lalu, 130 majikan dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan dengan jumlah denda bernilai lebih RM10 juta.

Sementara pada tahun ini, setakat bulan lalu, Dzaimee berkata 130 majikan didakwa dengan denda dikenakan berjumlah RM3.2 juta. – BERNAMA

Tags: cyberjayakampung haramrumah kongsiwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd