• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak-Kanak

oleh
21/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sebuah hospital di Serdang pada 8 Jun lepas.

Nur Fatin Nabila Azmi, 23, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak berumur setahun lapan bulan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Hisham Ahmad Jaafar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah pusat taska di kediaman kakitangan Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Ali Raman menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Hakim Noor Hisham membenarkan ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 dengan mengambil kira faktor tanggungan tertuduh yang mempunyai ibu bapa uzur dan menghidap penyakit kritikal.

Mahkamah menetapkan 26 Julai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: dera kanak-kanakpengasuh taska
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perhalusi Kelonggaran Penerima Dos Vaksin Lengkap

Next Post

Malaysia Sedang Bangunkan Vaksin COVID-19

Related Posts

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

Pengasuh Taska Dituduh Bunuh Bayi Berusia 8 Bulan

13/09/2024
0

Alor Gajah: Pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan,...

Dera Bayi, Pengasuh Taska Direman Empat Hari

Dera Bayi, Pengasuh Taska Direman Empat Hari

16/05/2023
0

JOHOR BAHRU : Seorang pengasuh di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Skudai, di sini yang disyaki mendera bayi di...

Next Post

Malaysia Sedang Bangunkan Vaksin COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd