• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Di NCER Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi Negara

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan bernilai RM16 bilion di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang bakal mewujudkan 19,652 peluang pekerjaan menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara ini walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata komitmen pelaburan serta peluang pekerjaan yang bakal disediakan adalah tanda keyakinan komuniti pelabur terhadap daya maju Malaysia dan negeri NCER.

“Di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan pada 15 Jun lalu, kerajaan berusaha untuk memberikan vaksin kepada sebanyak mungkin populasi di Malaysia menjelang akhir tahun ini atau lebih awal. Ini akan membantu memulihkan situasi pandemik yang sedang melanda termasuk aktiviti perniagaan dan ekonomi.

“Komitmen pelaburan seperti yang kita lihat hari ini, Insya-Allah akan mendukung dan mempercepatkan proses pemulihan kita, khususnya di NCER,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada perutusan Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-26 yang diadakan secara sidang video, hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

NCER berjaya menarik pelaburan RM16 bilion pada 2021 dan pelaburan itu bakal mewujudkan 19,652 peluang pekerjaan.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri menyaksikan lapan syarikat menyatakan komitmen pelaburan berimpak tinggi di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Syarikat berkenaan ialah Hong Seng Industries Sdn Bhd (RM1.5 bilion); LTS Logistics Sdn Bhd (RM55 juta); Aspen Glove Sdn Bhd (RM4.5 bilion); Ammorium Resources Sdn Bhd (RM1.4 bilion); Greatech Integration (M) Sdn Bhd (RM1.6 bilion); Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd (RM2.65 bilion); Intel Technology Sdn Bhd dan Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd (RM4.4 bilion).

FGV Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd juga mengumumkan ia kini dalam proses mengubah Chuping, Perlis menjadi kawasan pertanian berskala besar untuk aktiviti pertanian utama.

Projek itu akan membuka potensi kawasan pertanian seluas kira-kira 4,500 hektar di FGV Chuping Agro Valley menerusi pembangunan Ladang Tanaman Kontan Nilai Tinggi Bersepadu serta potensi pengembangan penternakan tenusu berskala besar bersepadu yang akan dimulakan setelah selesai kajian daya maju pelaburan dan teknikal yang komprehensif pada akhir 2021.

Dalam satu kenyataan, NCIA berkata, pelaburan yang berjaya diperoleh itu juga adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Staregik NCER (NCER SDP 2021-2025), yang bertunjangkan wawasan ‘Pembangunan dengan Kesaksamaan’ dalam usaha menjadikan NCER wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang 2025 dan menumpukan kepada usaha pemulihan sosio-ekonomi untuk rakyat dan komuniti perniagaan.

Ia berkata, pelaburan yang diterima itu adalah kerjasama NCIA bersama Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) selaras dengan usaha kerajaan untuk menjayakan PPN yang diumumkan pada 15 Jun 2021.

Katanya, pelaburan yang diperoleh itu adalah bukti kejayaan agensi berkenaan dalam membina ekosistem berdaya tahan yang mendorong pemulihan era pasca pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama, menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk rakyat.

Pada mesyuarat itu, NCIA turut membuat pembentangan mengenai perkembangan terkini projek sosioekonomi seperti pelan pemulihan COVID-19 dan juga pelaksanaan program modal insan yang bertumpu kepada pembangunan rakyat di NCER. – BH Online

Tags: ekonomi negaraNCERpelaburanpeluang pekerjaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hamzah Diberi 14 Hari Putuskan Pendaftaran PEJUANG

Next Post

Ibu Hamil Bakal Terima Vaksin COVID-19 Tempoh Terdekat

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

Next Post

Ibu Hamil Bakal Terima Vaksin COVID-19 Tempoh Terdekat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd