• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Notis Panggil Parlimen 28 Hari, Bukan 14 Hari

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju sidang Parlimen disegerakan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun berkata, ia perlulah mengikut notis 28 hari dan bukannya 14 hari seperti dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam masa sama turut membidas pihak yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak berguna, sedangkan ia majoriti diwakili oleh UMNO.

“Kalau kerajaan ini tidak berguna, UMNO majoriti dalam kerajaan. Macam mana kerajaan tidak berguna sedangkan ahli UMNO ramai di dalamnya?

“Jadi saya nasihatkan semua pihak bila tegur kerajaan, tegur atas dasar bersama dalam kerajaan. Kalau nak tegur secara terbuka, itu tidak tepat. Kalau nak bagi pandangan pun, biarlah pandangan yang betul,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

UMNO melalui Ahmad Zahid sebelum ini mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan dikeluarkan parti itu pada Isnin.

Mengulas lanjut, Shahidan yang merupakan Ahli Parlimen Arau berkata, majoriti ahli Parlimen BN masih berpegang teguh dengan keputusan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menyokong kerajaan sehingga pilihan raya.

“Parlimen dibubarkan ‘No’ Anwar ‘No’ DAP,” katanya.

Shahidan turut menyokong gesaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Ahmad Zahid diambil tindakan tatatertib.

“Presiden parti telah melanggar peraturan dan dia kena diambil tindakan disiplin,” katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini menggesa agar Biro Disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempertimbangkan keputusan menggantung jawatan Ahmad Zahid serta-merta susulan tindak-tanduk terkini pemimpin itu yang didakwa melanggar ketetapan parti.

Mohamed Nazri berkata, Ahmad Zahid perlu disiasat segera Biro Disiplin UMNO dan diambil tindakan tatatertib susulan terdapat tiga bukti jelas menunjukkan beliau melanggar ketetapan parti. – Sinar Harian

Tags: ahli parlimen BNpersidangan parlimenPNBBCUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd