• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Ku Li Trending Selepas Dicadang Jadi PM Interim

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Nama veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menjadi trending di Twitter apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mencadangkan agar Ahli Parlimen Gua Musang itu dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Mohd Zaid menyatakan perkara tersebut menerusi ciapan di Twitter pada Rabu berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memanggil beberapa pemimpin politik untuk menghadap secara berasingan bagi membincangkan mengenai isu semasa negara.

Menurut Mohd Zaid, walaupun perbincangan Yang di-Pertuan Agong itu tertumpu kepada proklamasi darurat, namun negara memerlukan seorang Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu.

Sehingga jam 1.30 petang Rabu, nama Ku Li terus trending sehingga 1,486 ulang ciap dan terus meningkat, manakala ciapan Mohd Zaid mendapat lebih 258 tanda suka serta 250 ulang ciap daripada netizen.

Rata-rata netizen pula memberi pandangan masing-masing, ada yang bersetuju dan tidak kurang menolak cadangan tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerajui kepimpinan negara dan tiada desas desus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada pagi Rabu, Muhyiddin dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah selama satu jam di Istana Negara untuk membincangkan mesyuarat Pra-Kabinet.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan proklamasi darurat kepada Yang di-Pertuan Agong pada pertemuan di Istana Negara dan bukannya pertukaran kerajaan.

Menurut Anwar, masyarakat harus tahu bahawa Al-Sultan Abdullah begitu arif mengenai perkembangan semasa yang turut diperoleh menerusi pandangan pakar lain. – Sinar Harian

Tags: perdana menteri interimTengku Razaleigh HamzahTwitter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biar Agong Nilai Prestasi Kerajaan Tangani COVID-19

Next Post

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun

Related Posts

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

Threads Capai 100 Juta Pengguna Dalam Masa 5 Hari

Threads Capai 100 Juta Pengguna Dalam Masa 5 Hari

10/07/2023
0

PARIS – Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Intagram sebagai saingan kepada Twitter menerima lebih 100 juta pengguna dalam masa kurang...

Next Post

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu Pada 16 Jun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd