• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Kemanusiaan Ebit Lew Berjalan Lancar

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilaporkan akan pulang dari misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin dalam masa terdekat.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, misi kemanusiaan Ebit dan delegasinya itu berjalan dengan lancar dan sentiasa memberikan perkembangan tentang misi tersebut.

“Saya memang berkomunikasi dengan Ustaz Ebit setiap hari bagi memantau perkembangan misi tersebut.

“Misi beliau berjalan dengan lancar dan beliau turut membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi di sana.

“Jadi kita pantau secara dekat, dan saya percaya beliau bersama delegasi selamat dan akan pulang dalam masa terdekat,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, segala maklumat yang diterima mengenai misi tersebut akan dikongsi kepada umum dari semasa ke semasa.

Hishammuddin dalam satu sidang media secara atas talian selepas pelancaran kempen Humanitarian Aid Fundraising From Malaysia, For Palestin juga memaklumkan pihaknya sempat bertanya maklum balas daripada delegasi berkenaan mengenai bantuan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Palestin ketika ini.

“Sebab itu gerakan-gerakan yang ikhlas dan tidak ada kepentingan lain, usaha sebegini Kementerian Luar Negeri tak teragak-agak untuk terus membantu,” jelasnya.

Ebit sebelum ini dilapor berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei. – Astro Awani

Tags: misi kemanusiaanrakyat palestinustaz ebit lew
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Southern Volunteers Mara Ke Barisan Hadapan

Next Post

Kadar Rt COVID-19 Menurun 3 Hari Berturut-Turut

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

Kerajaan Belum Bincang Usaha Bawa Masuk Lebih Ramai Rakyat Palestin Cedera Dirawat Di Negara Ini

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mengenai usaha membawa masuk lebih ramai rakyat Palestin yang tercedera untuk dirawat di negara...

Rakyat Palestin Dirawat Tidak Akan Tinggal Di Malaysia – Duta Palestin

Rakyat Palestin Dirawat Tidak Akan Tinggal Di Malaysia – Duta Palestin

22/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, menegaskan rakyat Palestin yang cedera dan kini menerima rawatan di...

Next Post

Kadar Rt COVID-19 Menurun 3 Hari Berturut-Turut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd