• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benar ‘Undi 18’ Mula Semakan Kehakiman

oleh
17/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 18 anak muda mewakili gerakan ‘Undi 18’ dibenarkan mencabar tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Undi 18, iaitu langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan gerakan Undi 18 untuk mengemukakan semakan kehakiman dengan menamakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden.

Terdahulu, Ahmad Kamal dalam penghakimannya berkata, pindaan had umur mengundi mendapat perkenan dan diluluskan di Parlimen.

Katanya, mahkamah bersetuju dengan hujah pemohon pindaan beberapa akta berkaitan pilihan raya adalah isu kedua dan ia tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelaksanaannya.

“Mahkamah perlu membenarkan perkara ini untuk didengar di peringkat seterusnya dan membolehkan responden memberikan penjelasan melalui afidavit, sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sehubungan itu, mahkamah membenarkan prosiding semakan kehakiman dimulakan tanpa sebarang kos,” katanya.

Pada 2 April lalu, anak muda berusia antara 18 dan 20 tahun terbabit memfailkan tindakan undang-undang memohon beberapa perintah mahkamah berkaitan penangguhan pelaksanaan Undi 18 oleh responden.

Dalam permohonan itu, kumpulan anak muda terbabit memohon perisytiharan tindakan kerajaan menangguhkan penguatkuasaan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun adalah tidak rasional, tidak sah, tidak seimbang serta satu bentuk penindasan pengundi.

Pemohon juga mahukan satu perisytiharan mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun mempunyai harapan berasas berhak mengundi pada atau sebelum Julai ini.

Anak muda terbabit turut memohon perisytiharan keputusan responden menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 3(a) sebagai satu bentuk penindasan kepada pengundi berusia 18 hingga 20 tahun pada Julai ini. – BH Online

Tags: 18 tahunhad umur mengundiundi 18
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undi 18 Penentu Keputusan PRN Johor, Cerminan PRU-15

25/01/2022
0

SABTU lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus menyebabkan Pilihan...

Pendaftaran Automatik Undi18 Berkuatkuasa 15 Dis – SPR

02/12/2021
0

KUALA LUMPUR - Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Dis. Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd