• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi Nur Sajat Menyorok Masih Misteri

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Masih diselubungi misteri apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) belum mengetahui lokasi sebenar persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi persembunyian ahli perniagaan itu yang dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

“Secara rasmi, kita belum tahu di mana lokasi beliau,” katanya ringkas ketika ditanya perkembangan terkini Muhammad Sajjad pada sidang media di sini, tadi.

Terdahulu, Dr Ahmad Shahir ditemui selepas penyerahan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepadanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas usahawan kosmetik itu.

“Kita serah perkara ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dalam masa sama, menunggu perkembangan seterusnya mengenai Sajat,” katanya.

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan Nur Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Terbaru, beliau dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Nur Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. – myMetro Online

Tags: MAISMuhammad SajjadNur Sajatusahawan kosmetik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

13/12/2024
0

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa...

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

19/10/2024
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan terdapat lebih 40 kumpulan ajaran sesat di negeri ini sedang dalam pemerhatian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd