• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Covid-19, Paru-Paru Berfungsi 48 Peratus Sahaja

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat virus Covid-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh berfungsi, malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya dan hampir mustahil untuk pulih seperti sedia kala.

Itu kesan yang perlu dihadapi Eksekutif Pentadbiran Amira Ruslan, 29, bekas pesakit Covid-19 tahap lima, yang sebelum ini terpaksa bertarung nyawa selama 33 hari termasuk sembilan hari ‘ditidurkan’ di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 7 Januari lalu.

“Paru-paru saya sekarang berfungsi (sekitar) 48 peratus sahaja, kira macam separuh daripada paru-paru tu macam dah ‘mati’. Menurut doktor ia sudah tidak boleh kembali normal dan saya juga tidak boleh bergerak cergas macam dulu.

“Ia adalah sindrom ‘Long Covid’ yang memberi kesan pada rutin harian saya, bercakap pun rasa penat, buat aktiviti mudah macam jemur kain pun penat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Amira yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius, tidak menyangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar menyebabkannya terpaksa berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi pernafasan.

Bukan itu sahaja, katanya kesan rawatan yang diterima di ICU juga, masih meninggalkan rasa sakit pada saluran kerongkong dan dada, akibat pernah dimasukkan tiub ke paru-paru selain daya ingatan yang lemah kesan daripada ubat.

“Saya masih terbayang lagi kesakitan apabila tiub dimasukkan menerusi saluran kerongkong ke paru-paru, ada satu kejadian apabila petugas kesihatan perlu mengalihkan saya ke katil lain dan tiub tersebut berganjak dan bergerak dalam badan, sakitnya seperti ‘minta nyawa’,” katanya.

Mengimbau kembali saat sebelum dikomakan, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata beliau diberi peluang untuk bercakap dengan ibunya menerusi panggilan video.

“Doktor beritahu, jika jadi apa-apa pada saya, inilah yang terakhir saya bercakap dengan ibu. Saya sempat mohon maaf dan ibu saya terus menjerit, adik (nama panggilan Amira) kena kuat, mak tunggu adik di luar ni.

“Ketika itu ada dua perkara yang bermain dalam fikiran, pertama ibu, yang kedua ketika saya bangun nanti sama ada masih berada di dunia ini atau dunia lain,” katanya yang sedar daripada koma sepenuhnya pada 28 Januari lalu.

Pengalaman berada dalam keadaan koma selama sembilan hari memberi pengajaran serta keinsafan buat dirinya dan peluang untuk terus hidup disifatkan seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu masih koma.

“Memang tidur, tapi mimpi di alam lain, berjalan di satu tempat asing yang mana badan kita sahaja yang bercahaya, kiri kanan depan belakang semua gelap, berada di jalan asing dan saya terus-menerus cari jalan keluar dan kadang-kadang berlari,” katanya.

Katanya mengikut cerita keluarganya, semasa berada dalam keadaan koma, paras oksigen di dalam badannya turun sehingga tahap 60 peratus menyebabkan doktor yang merawatnya menghubungi ibunya bagi memaklumkan keadaan itu dan meminta supaya berdoa agar berlaku keajaiban dengan izin Allah SWT.

Berkat doa seorang ibu dan keluarganya, anak kelahiran Johor itu bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama insan tersayang walaupun perlu menyesuaikan dengan keadaan kesihatan terkini. 

Katanya jika dahulu beliau aktif berniaga, bergerak ke sana sini, dan mampu mengangkat barang walaupun berat, namun kini segala pergerakannya terbatas kerana masih terasa sakit terutama di bahagian dada selain cepat penat.

Berikutan itu, Amira menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan tidak lalai untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak yang sudah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia ketika ini.

“Covid-19 is real (benar-benar wujud) dan daripada apa yang saya lihat kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka,” katanya yang turut menasihatkan masyarakat segera mengambil vaksin untuk membolehkan negara bebas daripada pandemik itu. – BERNAMA

Tags: Covid-19paru-paru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5,218 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Next Post

Imigresen Tumpaskan Sindiket Terbesar Pemalsuan Dokumen

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Imigresen Tumpaskan Sindiket Terbesar Pemalsuan Dokumen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd