• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Guru, Ibu Jayakan PdPR

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan komitmen tinggi antara guru dengan murid atau pelajar, namun peranan ibu bapa turut penting dalam memastikan keberkesanannya.

Dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup berhadapan penularan pandemik Covid-19, sebuah sekolah pedalaman di sini menyedari betapa besar ‘pengaruh’ ibu, dalam menjayakan PdPR khususnya di kawasan yang sukar dilaksanakan PdPR secara dalam talian.

Guru, Najme Nasir berkata, sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lokan terharu dengan kebanyakan ibu di Kampung Sungai Lokan, yang memberikan komitmen tinggi menjayakan PdPR secara luar talian sejak tahun lalu lagi.

“Yang banyak memberikan kerjasama ialah ibu di rumah, yang banyak menolong murid ialah ibu, yang banyak berleter kerana kerja sekolah tidak siap, ialah ibu.

“Untuk itu kami amat menghargai peranan ibu membantu anaknya dan juga membantu kami melaksanakan PdPR,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, komitmen golongan ibu sedikit sebanyak memudahkan guru memantau perkembangan murid di rumah, memandangkan sebahagian kawasan di kampung itu tiada capaian internet jalur lebar yang baik, kerana muka bumi sekeliling yang berbukit bukau.

Selain itu, guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik itu juga berkata guru-guru dan Guru Besar Masnah Apong, sentiasa mencari idea untuk menggalakkan murid terus berminat untuk belajar.

Najme berkata, antaranya ialah dengan menggunakan kewangan sendiri membeli peralatan sekolah, dan dibungkus dalam gubahan ‘hamper’ dan disampaikan kepada 62 murid sekolah terus ke rumah masing-masing.

“Tidak dinafikan prestasi murid di pedalaman berbeza dengan yang di bandar, apatah lagi apabila PdPR dilancarkan susulan pandemik ini.

“Bagi kami (SK Sungai Lokan), kami mahu murid-murid di sini tidak ketinggalan dalam pelajaran dan tidak terus melupakan pelajaran kerana pasti ada sesuatu yang mereka boleh belajar untuk kebaikan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Guruibu bapamuridPdPRpelajar sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bintang TikTok Dihukum Penjara 10 Tahun

Next Post

Kuala Lumpur Dijangka ‘Hidup’ Semula Seawal Ogos

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Next Post

Kuala Lumpur Dijangka 'Hidup' Semula Seawal Ogos

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd