• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan SPM Diumum 10 Jun Ini

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis depan mulai jam 10.00 pagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan melalui dua kaedah termasuk secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Calon juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886,” menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Menurut kementerian tersebut, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai jam 10.00 pagi pada 10 Jun sehingga 6.00 petang pada hari sama.

“Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” kata kementerian.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet untuk memaklumkan kaedah bersesuaian.

Seramai 401,105 calon SPM 2020 menduduki peperiksaan itu selepas ia tertangguh beberapa kali akibat penularan Covid-19. – Sinar Harian

Tags: keputusan spmSijil Pelajaran Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan SPM Bakal Diumumkan Pada 27 Mei

Keputusan SPM Bakal Diumumkan Pada 27 Mei

09/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada 27 Mei ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Keputusan SPM Diumum 16 Jun

08/06/2022
0

Putrajaya : Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun (Khamis) hadapan. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Kementerian Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd