• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Insiden LRT Tuntut Pampasan RM1.8 Juta

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga salah seorang penumpang yang cedera parah dalam kemalangan transit aliran ringan (LRT) minggu lalu telah menghantar notis tuntutan undang-undang kepada Prasarana Malaysia Berhad, dengan tuntutan RM1.8 juta sebagai ganti rugi.

Mangsa, Wong Chee Foong, 52, bapa kepada empat anak berusia antara 3 hingga 15 tahun, mengalami pelbagai kecederaan serius di kepala, muka dan tulang belakang dan masih belum sedarkan diri.

Tuntutan tersebut antara lain adalah untuk membiayai kos perubatan, kecederaan fizikal, tekanan mental dan emosi serta kehilangan pendapatan, apatah lagi mangsa adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga.

“Saya di sini untuk menyatakan kekesalan terhadap Prasarana dan cara mereka menangani situasi ini. Saya kecewa kerana selepas enam hari, keluarga kami masih belum menerima sebarang surat atau permohonan maaf rasmi dan sokongan moral.

“Saya mahukan jawapan daripada Prasarana, kami sekeluarga sangat memerlukan dia (Wong) kerana dia satu-satu yang mencari nafkah untuk kami, dia ada empat anak untuk diberi makan.

“Sekarang ini saya bingung, keluarga saya juga begitu. Kami tak tahu bagaimana masa depan kami nanti,” kata isteri mangsa, Joyce Wong, dalam satu sidang media, semalam.

Dia juga menyatakan bahawa RM1,000 yang ditawarkan Prasarana sebelum ini tidak wajar bagi mangsa kerana ada antara mereka mengalami kecederaan yang serius.

Peguam keluarga itu, Jazzmine Khoo berharap agar Prasarana dapat menjawab surat berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu tujuh hari, dan akan mengemukakan cadangan penyelesaian yang baik serta lebih wajar kepada mangsa.

“Kami minta keikhlasan dan kesungguhan Prasarana untuk melihat tuntutan yang diminta dalam letter of demand yang dihantar pihak kami, bagi membolehkan jumlah itu diberi sebagai ganti rugi kepada keluarga untuk kecederaan fizikal, untuk kehilangan mata pencarian, untuk kesan selepas ini.

“Ini kerana, kita tidak tahu jika client boleh kembali bergerak seperti biasa dan boleh kembali bekerja.

“Mereka juga mempunyai seorang anak menghidap autisme yang mempunyai keperluan khas, jadi nilai yang kami tuntut itu bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga melihat kepada impak di masa hadapan,” ujarnya.

Dalam kejadian pada 24 Mei lalu, sebuah tren yang rosak bertembung dengan sebuah tren lain yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC di laluan Kelana Jaya.

Seramai 47 penumpang cedera parah termasuk tiga dalam keadaan kritikal, sementara 166 lagi mengalami cedera ringan. – Astro Awani

Tags: Insiden LRTkemalangan LRTpampasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd