• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 12 Tahun Dijangka Boleh Terima Vaksin Covid-19

oleh
21/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas dijangka boleh menerima suntikan vaksin Covid-19. 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang diadakan pada minggu ini. 

Menurutnya, sebelum ini mesyuarat sama meluluskan vaksin buatan Pfizer-BioNTech untuk kegunaan terhadap golongan berusia 12 tahun dan ke atas. 

“Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama saya pada minggu ini akan memutuskan kaedah penggunaan vaksin Pfizer untuk golongan remaja dan bila boleh mulakan pemberian kepada golongan itu. 

“Ia akan berdasarkan kepada nasihat dan syor yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Expert Working Group,” katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini. 

Turut sama dalam sidang media itu ialah Dr Adham. 

Selain itu, beliau berkata, dua vaksin Covid-19 iaitu keluaran CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) menerima kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan kecemasan melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). 

Mengenai bekalan vaksin Covid-19, Khairy berkata, Malaysia akan menerima 444,600 dos vaksin Pfizer pada minggu ini, dan jumlah penghantaran bekalan itu dijangka lebih meningkat pada Julai ini. 

“Bagi Coronavac pula sebanyak 3,687,880 dos sudah diterima dan sebanyak 760,880 dos akan diedarkan ke fasiliti mulai hari ini. 

“Bagi AstraZeneca, sebanyak 828,000 dos sudah diterima sehingga kini,” katanya. 

Katanya, pihaknya juga akan menerima penghantaran baharu AstraZeneca (AZ) pada awal Julai ini. – myMetro Online

Tags: 12 tahunPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100,000 Ibu Hamil Daftar Untuk Suntikan Vaksin COVID-19

Next Post

Akhirnya Dijual Juga Celcom

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Akhirnya Dijual Juga Celcom

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd