• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Itu Keputusan Biro Politik, Bukan MKT UMNO – Ismail Sabri

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan tempoh 14 hari yang ditetapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada kerajaan untuk memulakan sidang Parlimen adalah cadangan Biro Politik dan bukannya keputusan yang ditetapkan melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Ismail Sabri berkata, hingga kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bertanggungjawab membuat sebarang keputusan belum membincangkan lagi perkara itu termasuk tindakan yang diambil parti jika Parlimen tidak dibuka dalam tempoh berkenaan.

“Itu pandangan Biro Politik UMNO bukannya MKT…yang boleh memutuskan dasar adalah MKT dan Biro Politik hanya mencadangkan.

“Ini hanya cadangan daripada UMNO, tetapi MKT lah akan memutuskan, …cadangan UMNO supaya 14 hari diadakan sidang tetapi soalnya kalau tidak diadakan sidang, apa tindakan itu tidak dibincang,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, di pihak UMNO tiada sebarang percanggahan bahawa parti bersetuju supaya parlimen dibuka selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil mesyuarat Biro Politik UMNO kelmarin yang membuat keputusan akan menarik diri daripada kerajaan sekiranya persidangan Parlimen tidak dipanggil oleh Perdana Menteri dalam masa 14 hari. – BH Online

Tags: Biro Politik UMNOIsmail Sabri YaakobMKT UMNOpersidangan parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid

Keputusan Pecat Isham Dibuat MKT UMNO – Zahid

09/12/2023
0

Keputusan memecat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden Umno...

MKT UMNO Mohon Ihsan Agong Beri Pengampunan Penuh Najib

MKT UMNO Mohon Ihsan Agong Beri Pengampunan Penuh Najib

07/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini, memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd