• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Hamil Tawar Khidmat Pemanduan Percuma Ke PPV

oleh
07/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Melihat tambang perkhidmatan e-hailing mencecah RM50 bagi perjalanan dua hala Cyberjaya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, mendorong seorang ibu hamil untuk menawarkan khidmat pemanduan secara percuma bagi mereka yang terkesan untuk ke menghadiri janji temu vaksin.

Hanya mahu dikenali sebagai Rabiatul, ibu hamil enam bulan itu mempromosikan khidmat kerja amalnya menerusi laman Facebook komuniti ‘Cyberjaya Residents’ bermula akhir bulan lalu dengan keutamaan kepada mereka yang tiada kenderaan dan kesempitan wang seperti pelajar dan ibu tunggal di sekitar Cyberjaya untuk dihantar ke PPV UKM dan membawa mereka pulang.

“Saya telah membawa seorang ibu tunggal pada 1 Jun lepas dan tunggu di PPV sehingga dia selesai proses vaksinasi. Rasa puas apabila dapat menolong orang lain yang memerlukan,” kata Rabiatul turut memberitahu telah dihubungi oleh beberapa individu untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya bergerak dengan kebenaran polis setiap kali kerana perlu merentas daerah dari sini (Cyberjaya). Bagi penumpang, mereka hanya perlu menunjukkan tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera di sekatan jalan raya (SJR),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, PPV UKM dipilih kerana ia agak berdekatan dengan Cyberjaya selain tidak mengambil masa yang lama bagi urusan perjalanan dengan mengambil kira situasinya dirinya yang hamil itu.

Rabiatul berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) amat dititikberatkan contohnya penumpang perlu duduk di tempat duduk belakang.

Tertarik dengan inisiatif Rabiatul yang diketahui melalui ‘Cyberjaya Residents’, Pengarah Urusan Gilmore House Theraphy Nazree Hisyam Md Nasir menuruti langkah yang sama dengan menjalinkan kerjasama dengan Klinik Mediviron Pelangi Semenyih bagi menempah perkhidmatan Grab dua hala untuk mereka yang perlu ke PPV.

“Saya mendapat makluman daripada rakan yang bertugas di PPV mengenai ketidakhadiran penerima vaksin yang secara tidak langsung menyumbang kepada pembaziran vaksin. Jadi usaha kami diharap dapat membantu mempercepat proses vaksinasi Covid-19,” katanya.

Menurutnya, khidmat tersebut diutamakan bagi warga emas dan juga mana-mana individu yang perlu hadir janji temu vaksinasi namun menghadapi kesukaran pergerakan.

“Alamat PPV adalah terbuka dan tidak terhad kepada satu PPV sahaja namun dengan syarat urusan pengambilan dan penghantaran penumpang adalah di Cyberjaya sahaja,” katanya.

Nazree Hisyam berkata sebanyak 50 slot tempahan perkhidmatan Grab diperuntukkan sebagai permulaan dan akan ditambah mengikut keperluan warga Cyberjaya.

“Permohonan boleh dibuat menerusi mesej di Facebook Gilmore Kids Theraphy tiga hari sebelum tarikh vaksinasi dengan tangkap layar janji temu MySejahtera disertakan bagi memudahkan pihak kami membuat urusan tempahan,” katanya dengan harapan inisiatif itu memberi inspirasi kepada pihak lain untuk membantu mereka yang memerlukan. – BERNAMA

Tags: cyberjayae-hailingibu hamilvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Masak Naik Lagi Dahsyat Berbanding Tahun 2016

Next Post

3.5 Juta Sudah Terima Vaksin, 12.7 Juta Mendaftar

Related Posts

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

“Selepas Kehilangan Anak Saudara, Kami Hilang Lagi Seorang Saudara’ – Keluarga Mangsa Bunuh Di Cyberjaya

27/06/2025
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu bagaimana nak respons, kami dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi saudara pagi ini," kata Datuk Rajpal...

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Next Post

3.5 Juta Sudah Terima Vaksin, 12.7 Juta Mendaftar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd