• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Selar Tindakan ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’

oleh
16/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyelar tindakan segelintir pihak yang disifatkan ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila memilih menyerangnya secara peribadi dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Bendahari Agung Barisan Nasional itu berkata tindakan sedemikian semata-mata mahu mewujudkan persepsi tidak baik dan langkah murahan demi kepentingan peribadi.

“Fitnah hanyalah bertujuan mengganggu serta mengalih perhatian dari perbincangan tentang bagaimana untuk memacu negara ini ke arah yang lebih baik,” katanya yang menegaskan penyebaran berita palsu kini menjadi amalan politik di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam catatan terbaharu di blognya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, tindakan memfitnah sangat mengecewakan beliau terutama ketika negara sedang melalui detik getir.

Beliau turut itu mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang gemar mempolitikkan semua isu.

Justeru, beliau menggesa pembaharuan politik dan bukannya masih dengan amalan politik tanpa batas. 

“Ini adalah masa terbaik untuk kita ahli politik daripada kedua-dua belah pihak buktikan, yang kita boleh berperanan dengan lebih baik serta tunjukkan kepada rakyat kita di sini untuk berkhidmat.

“Jadi dengan kita sedang mempertimbangkan untuk membuka semula Parlimen, kita mesti bersedia,” katanya menegaskan pembukaan Parlimen tidak semudah membuka dewan dan duduk. 

Hishammuddin berkata, ketika sesi ‘hibrid’ sedang teliti, kerajaan perlu diberi ruang untuk membuat pertimbangan serta merancang kaedah dan proses demi memastikan setiap prosiding berjalan lancar.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen sama ada menjadi lebih baik atau lebih teruk, ia bergantung kepada diri sendiri untuk bersama bertanggungjawab terhadap apa yang bakal terjadi di sesi berikutnya. 

“Kita harus menunjukkan kepada rakyat bahawa kita berada di sini demi kepentingan mereka dan bukannya cita-cita peribadi,” katanya.

Ahli Parlimen Sembrong itu mengingatkan jika niat pembangkang menggunakan Parlimen bagi mendapatkan kuasa dan bukan memanfaatkan fungsinya, maka ia hanya akan membawa masalah. 

“Saya tidak nafikan pembangkang berhak mengkritik, tetapi kecelaruan politik tidak akan diterima oleh rakyat terutamanya di saat-saat yang sukar ini,” katanya.

Beliau menegaskan desakan Parlimen kembali bersidang dan sesetengah mendakwa mereka mempunyai angka yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu bukanlah perkembangan yang rakyat harapkan ketika pandemik. 

Katanya, rakyat mahu fokus diberikan kepada pengurusan COVID-19 yang mana beliau turut berkongsi harapan yang sama kerana banyak isu politik yang diperdebatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia memenatkan.

Desakan politik supaya Parlimen dibuka semula, katanya tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi. 

“Seruan agar Parlimen kembali bersidang tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu.

“Usaha-usaha sebegini bukan baharu. Kita telah melihatnya berulang kali selama bertahun-tahun, terbaru pada September 2020. 

“Mereka terlalu taksub pada angka yang ‘kukuh, hebat, meyakinkan’ sehinggakan, ia meresap ke dalam pelbagai senario serta cuba meyakinkan semua orang bahawa mereka bersatu, dengan harapan dapat meneruskan agenda untuk kembali berkuasa,” katanya. 

Hishammuddin berkata agenda negara jauh lebih penting berbanding cita-cita peribadi sesiapa saja. 

Menurutnya, satu-satunya harapan rakyat Malaysia ketika ini adalah jumlah kes diturunkan, nyawa diselamatkan dan ekonomi dipulihkan. 

Katanya, situasi dihadapi kini sangat luar biasa yang menyaksikan gabungan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik secara serentak. 

“Berpolitik sepanjang masa adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Di kala Perdana Menteri dan menteri-menterinya mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik, kita semua perlu menyokong, bukannya skeptikal.

“Pelan ini hanya akan berhasil sekiranya semua parti bekerjasama mencari jalan keluar daripada pandemik.

“Jika kita fokus terhadap tanggungjawab dan berkongsi tekad yang sama, maka saya percaya kita boleh memenuhi harapan bersama,” katanya.

Beliau secara prinsipnya bersetuju bahawa Parlimen penting sebagai ruang semak dan imbang kepada kerajaan. 

“Prosiding Parlimen juga mustahak untuk kerajaan berkomunikasi dan membahaskan dasar serta mencapai persefahaman bersama anggota Parlimen.

“Saya percaya, wujudnya satu syarat yang mana kita perlukan kestabilan yang memungkinkan Parlimen dibuka semula, memberikan hak kepada Ahli Parlimen bertanya soalan dan kerajaan menjawab namun yang paling mustahak, kestabilan ini mestilah tidak dirampas,” katanya. – BH Online

Tags: berita palsuHishammuddin Tun HusseinParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd