• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Euro 2020: Sepanyol Lolos Sekatan Croatia

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COPENHAGEN – Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken, Copenhagen untuk mara ke suku akhir Euro 2020.

Skuad kendalian Luis Enrique ketinggalan di belakang Croatia pada minit ke-20 selepas hantaran ke belakang Pedri untuk Unai Simon gagal ditahan penjaga gol itu.

Bagaimanapun asakan bertali arus Sepanyol membuahkan hasil apabila Pablo Sarabia merembat kencang menewaskan Dominik Livakovic pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Sepanyol meneruskan asakan dan mendahului permainan menerusi tandukan Cesar Azpilicueta hasil umpanan Ferran Torres.

Simon menebus kesilapan awalnya apabila menafikan Croatia daripada menyamakan kedudukan dengan menyelamatkan rembatan padu Josko Gvardiol pada minit ke-67.

Sepanyol melebarkan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Ferran Torres dan seakan kemenangan sudah menjadi milik mereka sebelum Croatia melakukan kejutan di minit-minit akhir. 

Croatia merapatkan jurang menerusi Mislav Orsic ketika permainan berbaki lima minit, sebelum Mario Pasalic menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan.

Dalam masa tambahan, Morata kembali meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-100 sebelum Oyarzabal menambah jaringan tiga minit kemudian.

Sepanyol akan menanti pemenang di antara Perancis dan Switzerland, yang akan bertemu sebentar lagi, di suku akhir. – Agensi

Tags: croatiaEuro 2020Sepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

95 Maut Banjir Dahsyat Di Sepanyol

31/10/2024
0

OVIEDO - Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE,...

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

Gempa Bumi: Sepanyol Tawar Hantar Pasukan Penyelamat Ke Maghribi

09/09/2023
0

MADRID : Sepanyol menawarkan bantuan untuk menghantar anggota pasukan penyelamat ke Maghribi berikutan gempa bumi yang mengorbankan lebih 800 orang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd