• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Zulkifli Perjelas Isu Hadis Sultan Merupakan Bayangan ALLAH

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai tidak membuat dan mencipta spekulasi berhubung hadis berkaitan sultan merupakan bayangan ALLAH.

Menurutnya, bayangan ALLAH berdasarkan al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir adalah seperti tempat berteduh dan perumpamaan teduhan apabila pemerintah itu memerintah dengan adil.

“Ia juga bermaksud kemuliaan dan kekuasaan. Saya telah jelaskan sejak 2018. Baca terlebih dahulu sebelum cipta persepsi,” ciapnya apabila terdapat warganet mempersoalkan hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Twitter pada Khamis.

Hadis yang telah dimuat naik oleh Jakim bermaksud sultan (pemerintahan) merupakan bayangan ALLAH di bumi, barangsiapa yang memuliakannya maka ALLAH memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka ALLAH akan menghinanya.

Jelas Zulkifli, sultan atau pemerintah merupakan tonggak utama dalam sesebuah negara, tanpa mereka keadaan akan menjadi huru-hara kerana tidak ada orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan.

Tambah beliau, perkataan bayangan ALLAH memerlukan kefahaman yang lebih mendalam.

Di samping itu, ia menunjukkan bahawa pemimpin atau pemerintah itu mempunyai kelebihan berbanding dengan yang lain.

“Hadis yang menyatakan bahawa pemerintah adalah bayangan ALLAH adalah dhaif dan makna hadis ini menunjukkan bahawa pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding rakyat yang berada di bawahnya,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Allah SWTHadisZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

103 Kes Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini

Next Post

Ramai Amal Senaman Pelik Gantung Leher

Related Posts

Keislaman Sayyidina Bilal Dan Penderitaan Beliau

01/10/2021
0

SAYYIDINA Bilal ialah seorang sahabat yang masyur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Pada mulanya beliau ialah seorang...

Doa Memohon Agar Allah Memperbaiki Diri Kita Setiap Masa

29/09/2021
0

SESEORANG yang bijakasana akan selalu menginginkan kehidupan yang lebih baik. Kesalahan dan masalah di hari ini dijadikan loncatan untuk jauh...

Next Post

Ramai Amal Senaman Pelik Gantung Leher

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd