• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SPM, STPM Dapat Vaksin Bulan Depan

oleh
18/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.

“Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata akan memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan diberi suntikan vaksin.

Ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Mengulas jabatan yang menguruskan senarai pengamal media yang akan menerima suntikan vaksin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, ia diuruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Jabatan Penerangan sudah memberikan senarai nama dan dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk penyenaraian kerana ada media yang sudah dapat dan mereka yang belum akan menerimanya dalam masa terdekat,” katanya. – BH Online

Tags: calon SPMCalon STPMPfizer-BioNTechvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

300 Calon SPM Di Rantau Panjang Dipindahkan Menggunakan 11 Trak, 12 Bot Tempur

300 Calon SPM Di Rantau Panjang Dipindahkan Menggunakan 11 Trak, 12 Bot Tempur

01/12/2024
0

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) melaksanakan Operasi MURNI dengan memindahkan seramai 300...

Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir, Tidak Libatkan Calon SPM

Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir, Tidak Libatkan Calon SPM

01/12/2024
0

PASIR MAS - Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd