• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Pangsapuri 10 Tingkat Dalam 28 Jam

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Broad Group, pemaju berpangkalan di China mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam tempoh 28 jam dan 45 minit.

Republic World melaporkan, pemaju itu berjaya membangunkan bangunan pangsapuri itu dalam tempoh lebih sehari saja.

Syarikat itu dikatakan menggunakan unit modular bersama-sama yang dikenali sebagai Living Building System.

Video pembinaan berdurasi hampir lima minit dikongsikan di saluran YouTube pemaju itu pada 13 Jun, dengan rakaman menunjukkan keseluruhan struktur itu dibina dengan pantas.

Menerusi reka bentuk modular pasang siap, Broad Group dapat membina bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam 28 jam 45 minit.

Perkongsian Broad Group di YouTube juga menyatakan pembinaan membabitkan ukuran kontena standard, pengangkutan murah di seluruh dunia dan pemasangan dilakukan di lokasi.

Pasti ada yang akan mempersoalkan bagaimana pemaju berpusat di Changsha itu membina bangunan itu dalam jangka pendek.

Hakikatnya, ia dibantu teknologi sistem pembinaan pasang siap dengan kaedah memasang unit modular serba lengkap yang dibina terlebih dahulu di kilang.

Sebuah laporan oleh New Atlas bertarikh 16 Jun mendedahkan bangunan pasang siap dirancang untuk ‘disatukan’ dalam tempoh yang cepat.

Modul bangunan yang kelihatan seperti bekas besar pertama kali dibina di kilang Broad Group dan diangkut ke tapak bangunan dengan trak dan disusun mengikut keperluan.

Salah satu faktor yang paling menarik mengenai sistem ini ialah setiap modul bangunan mempunyai dimensi yang sama dan ia menjadikannya mudah alih.

Syarikat itu mendakwa menggunakan kepingan keluli untuk elemen struktur yang 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kuat daripada kepingan konvensional yang biasa digunakan.

Broad Group terkenal kerana keupayaannya menyiapkan projek penting dalam tempoh dua kali lebih cepat.

Pada 2015, syarikat itu menyelesaikan pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan Living Building System yang siap dalam tempoh hanya 19 hari. – Agensi

Tags: Broad GroupChinaPangsapuriprojek pembinaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd