• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Teruja Tuntut e-Belia Hingga ‘Trending’ Di Twitter

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Program e-Belia ‘trending’ di Twitter selepas pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) dan belia mula menuntut bantuan sebanyak RM150 di mana-mana aplikasi e-tunai seperti ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, BigPay dan juga Boost bermula 1 Jun hingga 22 Julai depan.

Mereka layak menerima bantuan kredit e-Wallet (e-tunai) sebanyak RM150 di bawah Program e-Belia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Golongan belia rata-ratanya teruja menerima bantuan tersebut yang memberi kemudahan pembelajaran secara dalam talian selain membeli keperluan harian.

“Bangun awal untuk menuntut e-Belia. Terima kasih kerajaan,” kata @alias.

@noordiyanasaru1 yang berusia 22 tahun juga memberitahu berjaya menuntut bantuan e-Belia kerana merupakan pelajar jurusan ijazah sepenuh masa.

“Bagi yang ingin tahu sama ada pelajar ijazah dapat menuntut atau tidak. Saya berjaya menuntut e-Belia. Saya pelajar ijazah sepenuh masa,” ciapnya.

Tambah @amin, “Alhamdulillah, baru lepas guys! Perlu baca maklumat mengenai e-Belia, lebih mudah untuk menuntut. Semoga berjaya.”

Bagaimanapun dalam keterujaan itu, terdapat segelintir mereka mengeluh dan kecewa apabila berlaku isu teknikal di mana tidak boleh menuntut bantuan berkenaan.

@khairl berkata, “Sudah beberapa kali buat, tetapi masih tidak boleh ‘claim my tng ebelia’.

@boltsaifah pula berkongsi pengalamannya apabila beberapa kali menuntut bantuan berkenaan, namun gagal.

“Saya telah beratus-ratus kali ‘reject’ oleh Shopee semasa menuntut e-Belia,” ujarnya.

Soal @Amir, “Saya tidak layak untuk e-Belia walaupun berumur 19 tahun. Adakah saya melakukan sesuatu yang salah.”

Sementara itu, bantuan ini boleh dimanfaatkan dua juta belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai. – Sinar Harian

Tags: Beliae-Beliae-walletPelajar IPTPEMERKASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd