• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah 4.0

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU 4.0).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan menampung kos itu selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN.

“Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. 

“Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Beliau turut mengumumkan, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam PSU 4.0.

“Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, sukacita saya umumkan bahawa di bawah PSU 4.0, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan.

“Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000,” katanya. – BH Online

Tags: program subsidi upah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur RM20.936 Bilion Program Subsidi Upah, Kekal Pekerja Tempatan

Kerajaan Salur RM20.936 Bilion Program Subsidi Upah, Kekal Pekerja Tempatan

18/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja...

Kerajaan Lulus Permohonan PSU RM12.76 Bilion Setakat 5 Februari

18/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan permohonan untuk Program Subisidi Upah (PSU) bernilai RM12.76 bilion setakat 5 Februari 2021, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd