• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Altel: Lauk-Pauk Belum Habis, Mengapa Tambah Hidangan?

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah memperuntukkan lebih banyak spektrum telekomunikasi kepada Altel Communication melalui Perintah Menteri yang dikeluarkan, saya khuatir tuduhan tentang muslihat dan rasuah sebelum ini oleh firma penarafan antarabangsa Fitch akan menjadi kenyataan. Tindakan Saifuddin baru-baru ini dengan memperuntukkan dua jalur 5MHz dari jalur spektrum 900 MHz kepada syarikat Altel Communication telah menjadikan rakyat tertanya-tanya adakah “ada udang sebalik batu”.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi pada tahun 2016, dua jalur 5MHz daripada jalur spektrum 900 MHz yang digunakan dalam operasi telekomunikasi 4G bernilai sebanyak RM 499.72 juta. Seperti yang kita sedar bahawa, pemilik di belakang syarikat Altel Communication adalah Syed Mokhtar Al-Bukhary dan kedua-dua pihak sehingga hari ini gagal menjelaskan beberapa kos sebenarnya untuk transaksi ini.

Pada tahun 2012, Syarikat Altel Communication telah memperolehi jalur sepktrum yang lebih banyak berbanding dengan pengusaha-pengusaha lain tetapi ia tidak menggunakannya. Sebaliknya, ia melaksanakan pengendali rangkaian maya muda alih (MVNO) dengan menyewa jalur spektrum untuk digunakan daripada pengendali yang lain.  Walaupun lauk-pauk masih belum dihabiskan, tetapi dia masih menghidangkan makanan untuknya. Bukankah ini terlalu aneh?

Tambahan pula, arahan yang dikeluarkan secara tiba-tiba ini menyebabkan ramai yang terkejut. Yang memburukkan keadaan adalah, amalan sebegini akan sekali lagi mengesahkan pandangan ketidaktelusan oleh pelabur antarabangsa dan pasaran tempatan, seterusnya merosakkan imej dan suasana pelaburan negara kita.

Jalur Spektrum bukan percuma seperti udara, bidang komunikasi ini mempunyai keuntungan tersembuyi yang sangat lumayan. Namun tanpa prosedur dan penjelasan yang terperinci, Saifuddin menggunakan cara “pintu belakang” dengan memperuntukkan aset milik negara bernilai 500 juta kepada satu pihak. Amalan sebegini sepatutnya sudah berkurangan menjelang abad-21, tetapi saya tidak menjangka bahawa Perikatan Nasional masih terus mengambil langkah sebegini.

Saya khuatir jika Perikatan Nasional menggunakan cara mengendali jalur spektrum 900 Mhz ini untuk mengendali jalur spektrum 700 MHz yang melibatkan 5G, risiko rasuah dan salahguna kuasa pasti akan lebih tinggi. Semua penerokaan dan pengelolaan 5G akan diuruskan semua oleh satu-satunya Syarikat Bertujuan Khas (SPV) yang berlesen iaitu Digital Nasional Berhad (DNB). Dengan ketidaktelusan dan tiada penyertaan syarikat Swasta, pastinya akan berlaku keputusan yang lebih teruk. 

Jika kita menyentuh tentang unsur rasuah, orang ramai masih khuatir akan penundaan atau kelewatan perlaksanaan projek ini yang akan menyebabkan kos tersebut ditanggung oleh pengguna pada masa hadapan. Walaupun pada masa itu Perikatan Nasional mungkin sudah tidak lagi wujud, tetapi orang ramai masih perlu menanggung perkhidmatan yang mahal bagi tempoh masa panjang.

Saya mencabar Saifuddin untuk menjelaskan maksud PRINSIP KETELUSAN yang telah disebut oleh beliau pada 3 Jun 2020. Pada masa itu, Saifuddin juga menggunakan Perintah Menteri dengan memperuntukkan jalur spektrum 5G kepada 5 syarikat telekomunikasi tanpa sebarang bidaan. Setelah dikritik oleh pelbagai pihak, Kementerian Komunikasi menarik balik penganugerahan tersebut dengan alasan ‘Teknikal, undang-undang dan telus’.

Sehingga ke hari ini, pengendali industri telekomunikasi masih tidak menjelaskan kepada Bursa Saham tentang pemerolehan jalur spektrum daripada Kerajaan. Sebagai salah pengguna industri telekomunikasi domestik yang penting, saya mendesak pengusaha-pengusaha industri komunikasi untuk mengumumkan butirannya kepada pemegang saham, pengguna dan orang ramai termasuk kesan tindakan Perikatan Nasional yang sebut di atas terhadap pasaran dan kos.

YB Lee Chean Chung

Bendahari Agung KEADILAN

ADUN Semambu

Tags: Altel CommunicationLee Chean ChungSaifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Petaling Jaya Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Tangani Isu Perubahan Iklim

Ahli Parlimen Petaling Jaya Cadang Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Tangani Isu Perubahan Iklim

12/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, mencadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari ditubuhkan...

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd