• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9,411 Calon SPM 2020 Perolehi Keputusan Semua A

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 9,411 atau 2.46 peratus daripada 381,894 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperolehi keputusan semua A. 

Data dikongsikan Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan seramai 78,731 atau 20.62 peratus memperolehi keputusan sekurang-kurangnya kepujian manakala 146,447 (38.35 peratus) memperolehi keputusan lulus dan 31.81 peratus atau 121,496 calon memperolehi keputusan sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. 

Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 21,395 atau 5.60 peratus memperolehi keputusan kombinasi gred dan 1.16 peratus atau 4,416 calon memperolehi keputusan semua gagal. 

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan peperiksaan SPM 2020 juga menunjukkan peningkatan calon bandar dan luar bandar.

Beliau yang menyifatkan calon SPM 2020 adalah generasi paling mencabar, berikutan terpaksa berdepan suasana pembelajaran dan peperiksaan yang berlainan berbanding calon sebelum ini, ekoran penularan wabak COVID-19. 

“Pencapaian calon di bandar dan luar bandar mencatatkan peningkatan. Namun, peningkatan pencapaian calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding pencapaian calon di bandar. 

“Tahun 2019 pencapaian pelajar luar bandar adalah 5.14 dan 5.06 pada SPM 2020,” katanya pada Sidang Media Khas SPM 2020 yang diadakan secara maya, hari ini. 

Bagi pencapaian calon bandar pula, SPM 2020 mencatatkan sebanyak 4.68, iaitu peningkatan sebanyak 0.2 berbanding 4.70 padda SPM 2019. – BH Online

Tags: Sijil Pelajaran MalaysiaSPM 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Kemasukan IPTA Esok

15/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil,...

Cikgu Roslan Kental Walau Disapa Dugaan

15/06/2021
0

BERA - Menguruskan ayah pesakit Parkinson dan adik insan istimewa menjadi cabaran kepada guru geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd