• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

69 Tapak Pembinaan Tak Patuh SOP Diarah Tutup

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menutup 69 tapak pembinaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh bermula1 Jun lalu sehingga semalam.

CIDB dalam kenyataan media, berkata sebanyak 1088 tapak pembinaan sudah diperiksa sepanjang 10 hari sekatan penuh pergerakan dilaksanakan.

“Daripada 1088 tapak pembinaan, 944 daripadanya tidak beroperasi. Sebanyak 75 tapak pembinaan didapati mematuhi SOP manakala baki 69 tapak pembinaan diarah tutup kerana pelanggaran SOP,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penggiat industri pembinaan perlu mematuhi SOP sekatan pergerakan penuh atau berdepan penutupan tapak pembinaan jika didapati tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Garis panduan SOP sekatan pergerakan penuh boleh dimuat turun dari www.cidb.gov.my.

Kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 dan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain termasuk Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990), boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.

Tindakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 dan/dikeluarkan mana-mana arahan yang wajar dari CIDB. – BH Online

Tags: CIDBlanggar SOPTapak Pembinaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Besar Di Tapak Pembinaan Bangunan 42 Tingkat

Kebakaran Besar Di Tapak Pembinaan Bangunan 42 Tingkat

03/03/2023
0

HONG KONG : Pasukan bomba Hong Kong hari ini terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran besar di sebuah tapak pembinaan di...

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd