• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Program ‘Outreach’ Galak Penduduk Jeli Terima Vaksin

oleh
08/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli akan mengadakan tiga lagi program ‘outreach’ vaksinasi atau khidmat masyarakat bagi memudahkan penduduk di sekitar daerah Jeli mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, melalui program khidmat masyarakat di Kuala Balah, Batu Melintang dan Air Lanas itu nanti, pihaknya akan membantu penduduk mendaftar seterusnya divaksin oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Jeli di lokasi yang sama.

“Sebelum ini, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jeli telah mengadakan empat program ‘outreach’ vaksinasi di Pusat Pemulihan dan Rawatan (CCRC) Jeli, Politeknik Jeli, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli dan hari ini program bersama masyarakat orang asli di Kampung Sungai Rual.

“Selain program itu, sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di UMK Jeli, sebagai tambahan kepada sebuah PPV sedia ada di Dewan Majlis Daerah Jeli,” katanya ketika ditemui selepas meninjau program berkenaan bersama masyarakat orang asli di Kampung Sungai Rual, pada Sabtu.

Mengulas mengenai program berkenaan, Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, pihaknya menyasarkan 200 masyarakat orang asli di perkampungan tersebut akan mendapat suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

“Perkampungan ini memiliki kira-kira 1,000 penduduk daripada 207 keluarga. Setakat tengah hari seramai 100 sudah mendaftar, kita sasar hari ini 200 orang akan mendaftar sehingga petang seterusnya diberi suntikan vaksin Covid-19.

“Program ‘outreach’ dilaksanakan di kampung ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang sukar untuk ke bandar mendapatkan vaksin, justeru, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jeli mengambil inisiatif turun ke bawah,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Ramli Lanas, 52, mengakui ada menerima ‘hasutan’ supaya tidak menerima vaksin Covid-19 kerana didakwa akan melemahkan diri penerima.

“Tapi saya dah nekad nak teruskan ambil vaksin hari ini, saya jadi individu pertama di kampung ini terima suntikan tadi. Tak ada pun rasa lemah malah rasa lebih selamat lepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: jeliMustapa MohamedOrang Aslivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Unjuran KDNK 2021 Disemak Semula – Mustapa

Next Post

Dari Mana Kerajaan PN Dapat Dana RM600 Bilion? – Najib

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post

Dari Mana Kerajaan PN Dapat Dana RM600 Bilion? - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd