• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Jun Bakal Jadi Penentu

oleh
11/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Episod sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melibatkan ketua-ketua parti politik di Istana Negara berakhir pada Jumaat setelah tiga hari media berkampung di pekarangan pintu 2 Istana Negara.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menjadi wakil pemimpin parti terakhir selesai sesi sembah menghadap secara fizikal iaitu pada jam 3.24 petang.

Parti terakhir dijadualkan sembah menghadap adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun sembah maklum telah disahkan bakal berlangsung pada Isnin depan secara persidangan video.

Sejak Rabu, seramai 11 wakil pemimpin parti selesai menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Sembah menghadap dimulakan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Kemudian pada Khamis diikuti PAS yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Selain Maximus Ongkili, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, Tan Sri AS Vigneswaran juga selesai menghadap pada Jumaat.

Rata-rata wakil pemimpin mendedahkan mereka telah sembah maklum rayuan pembukaan semula sesi persidangan Parlimen, penamatan darurat dan isu kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, tiada isu pertukaran kerajaan dibangkitkan kepada Al-Sultan Abdullah sebaliknya lebih kepada usaha mengembalikan semula hak demokrasi berparlimen.

Dr Mahathir juga turut mencuri tumpuan apabila memberitahu bahawa beliau telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada tahun 1969 iaitu Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani krisis-krisis yang melanda negara.

Menurut beliau, penubuhan Mageran berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak begitu yakin Mageran dapat direalisasikan kerana ia perlu dicadangkan oleh kerajaan sebagaimana maklum balas oleh Yang di-Pertuan Agong kepada beliau.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) menyuarakan pendirian menolak cadangan tersebut.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Istana Negara berhubung tujuan sebenar sesi sembah menghadap yang menjadi tumpuan negara ketika ini.

Namun Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bakal berlangsung pada 16 Jun.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu tersebut adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan oleh Baginda berkaitan usaha memerangi Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Keadaan ini sekali gus memberi gambaran sebagai sesi kemuncak bagi sembah maklum yang telah berlangsung selama tiga hari ini sebelum Istana Negara membuat sebarang ketetapan demi masa depan Malaysia yang lebih baik. – Sinar Harian

Tags: Istana Negarapemimpin politikRaja-Raja MelayuYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Timbalan Pengarah Dapat C+ 2 Subjek SPM 2020

Next Post

PKP 3.0 Dilanjutkan Sehingga 28 Jun

Related Posts

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara

10/05/2025
0

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara Siri 1/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan empat pegawai dan 79 anggota...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

Next Post

PKP 3.0 Dilanjutkan Sehingga 28 Jun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd