• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusuf Azmi, Abang Ali Ditahan Polis

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi serta seorang individu dikenali sebagai Abang Ali antara enam individu yang ditahan polis berhubung kejadian seorang warga asing dipukul di sebuah premis di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, semua enam individu itu ditahan susulan penularan satu video berdurasi satu minit 21 saat sejak semalam.

“Semua individu yang ditahan berusia 24 hingga 54 tahun. Bagaimanapun, seorang daripada lima suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. 

“Tindakan itu diambil selepas siasatan dilakukan mendapati suspek adalah pemilik premis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mohd Zaid berkata, lima lagi suspek yang masih dalam tahanan dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman, hari ini.

“Mahkamah membenarkan kelima-lima suspek berkenaan direman selama satu hari. 

“Siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. 

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang. – myMetro Online

Tags: memukulwarga asingYusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Perhalusi Syarat Terbaharu Arab Saudi

Next Post

Polis Kesan Ibu Beri Anak 2 Tahun Hisap Vape

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Polis Kesan Ibu Beri Anak 2 Tahun Hisap Vape

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd