• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Pukul Warga Asing Tular, Lelaki Tempatan Dicari

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul seorang lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial, malam tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di No 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik rakaman video yang tular itu sampai ke pengetahuan pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

“Siasatan awal dijalankan selepas dipercayai tempat kejadian itu berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Kajang. 

“Hasil siasatan awal, seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul sekumpulan lelaki Melayu dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian itu berlaku di kawasan awam yang terbuka. 

“Hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati, kumpulan suspek itu juga melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal. 

“Sehubungan itu, pihak IPD Kajang membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan jikadisabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek melakukan tindakan sama.

Beberapa hantaran di Facebook (FB) mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit. – myMetro Online

Tags: memukulRakaman Videowarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liu Ying, Khairul Anuar Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo

Next Post

PDRM Cadang Kenderaan Guna ‘e-plate’

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

PDRM Cadang Kenderaan Guna 'e-plate'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd