• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Alamat Di Aplikasi MySejahtera

oleh
31/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera dinasihatkan membuat semakan alamat di aplikasi berkenaan. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum ini timbul isu individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui MySejahtera di berikan janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri lain. 

Katanya, apabila semakan dilakukan, pihaknya mendapati ia berlaku ketika pendaftaran dibuat individu terbabit menggunakan Google Maps API untuk menetapkan lokasi masing-masing dengan menaip nama taman perumahan atau lokasi mereka. 

Beliau berkata, apabila carian Google Maps API kemudian membuat padanan terhadap nama taman perumahan atau lokaliti yang mempunyai nama yang sama di seluruh negara.

“Sebagai contoh, ada seseorang menetap di Taman Bahagia di Kuala Lumpur dan menaip ‘Taman Bahagia’ dan semua Taman Bahagia di Malaysia akan disenaraikan sebagai cadangan Google Maps API. 

“Mereka kemudian ‘klik’ pada ‘Taman Bahagia’ yang pertama menyebabkan penetapan itu dibuat ke Taman Bahagia di Sandakan, Sabah. 

“Berikutan itu, kami letakkan ciri tambahan dalam MySejahtera untuk anda mengesahkan alamat sebenarnya termasuk negeri dan poskod. 

“Mesej saya kepada pengguna MySejahtera, sila kemas kini alamat anda supaya insiden itu dapat dikurangkan dan dihentikan,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini. 

Pada masa sama Khairy berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan ‘help desk’ interaktif untuk membantu kes yang dihantar ke PPV di negeri lain atau jauh daripada alamat masing-masing kerana isu Google Maps API itu. – BH Online

Tags: Google Maps APImysejahteravaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd