• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 32, yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai, termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

“Penjelasan berkenaan perkara ini telah dikeluarkan KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam tular gambar kehadiran Neelofa ke kompleks mahkamah berkenaan, yang mengundang pelbagai respons orang ramai apabila rata-rata mendakwa beliau tidak memakai pelitup muka walaupun mengenakan niqab.

Neelofa dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail hadir ke mahkamah bagi prosiding pendakwaan atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sebuah kedai karpet, di Nilai pada 2 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: langgar SOPNeelofaNiqabpelitup muka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Palestin Sujud Syukur, Takbir Rai Gencatan Senjata

Next Post

Jemaah Luar Negara Dibenarkan Tunai Haji Tahun Ini

Related Posts

Melaka Galak Pakai Pelitup Muka Di Sekolah

Melaka Galak Pakai Pelitup Muka Di Sekolah

11/12/2023
0

MELAKA: Kerajaan negeri menasihatkan ibu bapa serta pihak sekolah supaya menggalakkan pelajar memakai pelitup muka sepanjang mengikuti pembelajaran di sekolah....

Melaka Putuskan Tak Wajib Pakai Pelitup Muka

Melaka Putuskan Tak Wajib Pakai Pelitup Muka

16/01/2023
0

Kerajaan Melaka memutuskan untuk tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan tertutup pada ketika ini susulan pemantauan dijalankan...

Next Post

Jemaah Luar Negara Dibenarkan Tunai Haji Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd