• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Panggil EXCO Selangor Langgar SOP Aidilfitri

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis akan memanggil seorang EXCO Selangor dan semua individu yang terbabit bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata satu laporan polis sudah dibuat susulan gambar yang tular mengenai penganjuran majlis itu di media sosial.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihak terbabit didapati melakukan kesalahan (melanggar SOP), tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya pada sidang media dalam talian di sini, hari ini.

Mengenai jumlah individu yang menghadiri majlis sambutan Aidilfitri berkenaan, Arjunaidi berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

“Jumlah berapa ramai kita belum dapat pastikan lagi…daripada keterangan mereka nanti, baru kita akan dapat kesan.

“Tetapi, berdasarkan gambar yang tular memang ramai dan semua individu yang terbabit akan dipanggil untuk beri keterangan (termasuk EXCO),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar yang didakwa berlaku perlanggaran SOP ziarah raya membabitkan rumah seorang EXCO kerajaan negeri Selangor sehingga menerima kritikan orang ramai.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata perkara itu dikesan pihak polis kira-kira jam 5.45 petang pada Khamis lalu selepas ia tular di laman Twitter.

“Gambar yang dimuat naik @SuzieMusa itu mendakwa terdapat seorang Yang Berhormat (YB) bertaraf EXCO di Selangor dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat,” katanya. – BH Online

Tags: Exco Selangorlanggar SOPsambutan aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Perak Sempena Aidilfitri

26/04/2022
0

IPOH: Kerajaan negeri menjangkakan lebih 4 juta kenderaan akan memasuki Perak melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara menjelang sambutan Aidilfitri...

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd