• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Platform Khusus MyDigital Bakal Diwujudkan

oleh
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu platform khusus bakal diwujudkan bagi membolehkan inisiatif MyDIGITAL di peringkat kebangsaan dapat diterjemahkan serta diselaraskan melalui Pelan Strategik dan Pelan Digital setiap negeri bagi mencapai aspirasi yang sama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jurang pelaksanaan agenda digital di antara negeri akan dinilai dan dipantau melalui satu indeks pencapaian yang akan dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Mustapa pada Selasa telah mempengerusikan mesyuarat antara urusetia Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik (SCMO) yang ditubuhkan di bawah UPE, JPM dengan kerajaan-kerajaan negeri mengenai inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari 2021.

Pada mesyuarat tersebut, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMCg) turut membentangkan laporan suku pertama program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang di antaranya menyentuh tiga perkara termasuklah kos membina struktur menara komunikasi dan struktur atas bumbung yang berbeza mengikut negeri.

Kos membina menara komunikasi ini melibatkan julat yang besar di antara RM37,600 hingga RM2,065.

“Kadar migrasi talian mudah 3G kepada 4G meningkat sebanyak 130 peratus melibatkan 629,018 pelanggan berbanding sasaran 562,490 pelanggan pada 28 Februari 2021. Dengan migrasi ini, sebanyak 20,492 pemancar 3G telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Mustapa berkata, jumlah aduan daripada pengguna dalam tempoh Januari hingga Mac 2021 – berdasarkan 50 daerah tertinggi, Johor Bahru mencatatkan aduan tertinggi (2,387 aduan), Petaling (2,303 aduan), Kuala Lumpur (1,888 aduan), Seremban (1,581 aduan) dan Klang (1,428 aduan).

Aduan-aduan ini termasuk mengenai ketiadaan liputan dan kualiti liputan internet. SKMM mengambil berat aduan-aduan ini dan telah mengarahkan syarikat telekomunikasi supaya menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

“Kerjasama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah perlu untuk memastikan inisiatif MyDIGITAL dapat dilaksanakan dengan jaya. Mesyuarat dengan kerajaan negeri akan diadakan pada setiap tiga bulan bagi memastikan semua negeri akan dapat melaksanakan agenda digital dengan berkesan.

“Penyelarasan ini adalah perlu bagi merapatkan jurang digital yang wujud di antara negeri-negeri dan memastikan Malaysia terus kekal kompetitif untuk menarik pelaburan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedMyDIGITAL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AstraZeneca: KKM Jamin Rawatan Segera Jika Berlaku Darah Beku

Next Post

PKP: Penerima Vaksin Boleh Rentas Negeri Tanpa Surat Polis

Related Posts

K’jaan Teliti Keperluan Lesenkan Platform Google, Meta, TikTok – Fahmi

Pendaftaran MyDigital ID Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Giat Dijalankan – Fahmi

21/12/2023
0

PROSES pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Next Post

PKP: Penerima Vaksin Boleh Rentas Negeri Tanpa Surat Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd