• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP: Rakyat Malaysia Tetap Bersemangat Buat Persiapan Raya

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mood meraikan Aidilfitri yang akan disambut esok masih tetap ‘dirasai’ di seluruh negara dengan orang ramai kelihatan membuat persiapan di saat akhir membeli kelengkapan raya dan barangan basah biarpun kebanyakan mereka kali ini cuma beraya di ‘perantauan.’

Tinjauan Bernama di beberapa pasar pagi dan premis menjual kelengkapan raya yang sebelum ini menjadi tumpuan setiap kali menjelang Aidilfitri mendapati hampir kesemuanya ‘meriah’ dengan pengunjung seawal jam 7 pagi dan majoriti premis serta pengunjung dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Di Pasar Chow Kit, pengunjung diarahkan berbaris untuk memasuki premis manakala kawasan sekitarnya dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), sesuai dengan SOP ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa pada Rabu.

Perkara sama dapat dilihat di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini dan Pasar Seksyen 6 di Shah Alam, Selangor yang merupakan tempat tumpuan untuk membeli baju raya serta barangan keperluan bagi persiapan juadah Aidilfitri.

Pengunjung Pasar Seksyen 6, Mohd Muizzuddin Abdullah, 29, berkata, meskipun penat beliau akur untuk beratur seawal jam 7.30 pagi dan terpaksa menunggu lebih sejam sebelum dibenarkan masuk bagi mencari bahan memasak laksa yang dikirim isteri.

Tinjauan turut mendapati kebanyakan pusat beli-belah terkemuka yang tersenarai di dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) masih ditutup pada Rabu.

Selain menjaga SOP asas seperti pemakaian pelitup muka, berbaris dan penjarakan sosial, beberapa premis mengehadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa.

Ini termasuk Pasar Besar Kuantan di Pahang yang mengehadkan 170 pengunjung pada satu-satu masa manakala pasar pagi Pekan Kota Sarang Semut di Kedah hanya membenarkan 20 orang dan Pasar Awam Larkin Sentral di Johor pula mengehadkan 200 individu pada satu-satu masa.

Paling menarik, pihak pengurusan Pasar Besar Melaka di Bachang, Melaka mengambil inisiatif menyediakan laluan khas untuk warga emas yang merupakan golongan berisiko dijangkiti Covid-19 selain mengehadkan kemasukan pengunjung kepada 20 orang pada satu-satu masa.

Pematuhan SOP juga dilihat memuaskan di Gerai Bawah Tali Api Manjoi, Perak serta Pasar Awam Taman Tun Sardon di Pulau Pinang dan seorang pengunjung, Rohani Rahman, 68, berkata beliau berasa selamat membeli barangan di pasar itu.

Bagaimanapun, keadaan sedikit berbeza di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang apabila pengunjung dilihat berkerumun di gerai-gerai tanpa beratur mengikut SOP sehingga menyebabkan anggota polis terpaksa hadir membuat pemeriksaan.

Di Negeri Sembilan pula, aktiviti ‘mantai’ yang sinonim dengan Adat Perpatih dilihat masih mendapat sambutan sehingga menyaksikan seorang penjual daging mantai di Pasar Besar Seremban iaitu Daniel Zulkifli berjaya menjual kira-kira satu tan produknya seawal jam 9.30 pagi. – BERNAMA

Tags: Hari Raya Aidilfitriperintah kawalan pergerakanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd