• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin: Negara Islam Perlu Guna Kekuatan, Kaji Kelemahan

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan masing-masing dalam menyusun strategi menentang kezaliman Israel ke atas Palestin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap menerusi platform Skype dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan stesen penyiaran Astro Awani, beliau berkata negara Islam perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan dari segi ketenteraan untuk berhadapan dengan Israel. 

“Yang kita (negara Islam) ada ialah kekuatan kewangan. Minyak negara Islam kawal. Bekalan minyak dunia. Jadi lawan (Israel) menggunakan apa yang ada. Jangan tambah musuh dengan meletupkan bom di negara-negara Eropah. Itu buat orang marah,” katanya.

Dr Mahathir berkata, orang Islam perlu berhenti berfikir untuk membalas dendam di atas perbuatan Israel ke atas penduduk Palestin, tetapi menggunakan bahan mentah yang dimiliki untuk memberi tekanan ke atas Israel. 

Israel akan tawan seluruh Palestin dan tidak akan peduli masyarakat dunia, kerana mereka dilindungi kuasa besar.

Seorang lagi ahli panel program berkenaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, turut bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa umat Islam tidak harus mencari musuh, dengan melakukan pengeboman di kedutaan, hotel dan tempat awam. 

“Ini perbuatan mereka yang jahil agama. Umat Islam perlu diberi kefahaman tentang perkara ini,” katanya. 

Mengulas mengenai negara-negara tertentu yang menjalinkan hubungan dengan Israel seperti Emiriah Arab Bersatu, Sudan dan Bahrain beliau berkata, usaha akan dilakukan untuk melobi negara terbabit dengan mengadakan pertemuan dengan duta negara berkenaan secara dalam talian, untuk bersatu menentang kezaliman ke atas Palestin. 

Seorang lagi ahli panel dalam program berkenaan, Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti berkata, negara Islam perlu mencontohi Ireland yang juga sebuah negara barat yang paling anti Zionis. 

“Ireland mempunyai polisi dalaman memboikot dan menyekat perdagangan dengan Israel, selain kerajaannya sendiri dan bukannya pertubuhan bukan kerajaan negara itu yang menghantar bantuan terus ke Gaza. Antara bantuan yang dihantar ialah kewangan, doktor dan jurutera, untuk membangunkan semula infrastruktur di Palestin,” katanya. 

Afifi berkata, mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Israel adalah tidak memadai, dan antara tindakan yang boleh dilakukan ialah mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara apatheid. – BERNAMA

Tags: EropahIrelandIsraelnegara islamPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd