• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Kekal Pemimpin Politik Paling Popular

oleh
20/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan yang berlangsung daripada 26 Mac hingga 9 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, kajian tersebut yang dilakukan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi dan kecenderungan mereka terhadap perkembangan politik tanah air semasa, menunjukkan tahap kepuasan bagi dua bekas perdana menteri berada pada tahap sederhana iaitu lebih rendah berbanding Muhyiddin.

Tinjauan itu menunjukkan tahap kepuasan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ialah 40 peratus pada suku kedua 2020, merosot kepada 29 peratus menjelang suku ketiga tahun sama dan pulih sedikit kepada 33 peratus pada suku pertama tahun ini. 

“Sementara itu, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak pada suku kedua 2020 mencapai 24 peratus, merosot kepada 21 peratus pada suku ketiga namun pulih kepada 27 peratus pada suku pertama tahun ini,” menurut tinjauan itu.

O2 Malaysia adalah sebuah pusat penyelidikan dan libat urus sosial yang memfokus kepada sentimen umum merangkumi isu politik serta pilihan raya, sosioekonomi dan penyelidikan dasar awam dengan melihat analisis data. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassinpemimpin politikpopular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makin Ramai Masyarakat Antarabangsa Kecam Yahudi!

Next Post

Tragedi KRI Nanggala-402: Jumpa Kawah Misteri

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Tragedi KRI Nanggala-402: Jumpa Kawah Misteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd