• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Tahnik Anak Siti, Polis Rakam Keterangan 15 Individu

oleh
07/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu berhubung dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis tahnik anak penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata lima lagi individu tampil hari ini bagi membantu siasatan, menjadikan keseluruhan 15 individu sudah diambil keterangan setakat ini.

“Sehingga kini, 15 keterangan sudah direkodkan termasuk orang kenamaan (VVIP) dan penceramah yang dikenal pasti hadir ke majlis itu.

“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan sedang dikemas kini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohamad Farouk memaklumkan pihaknya sudah merakam 10 keterangan termasuk pemilik rumah dan penganjur majlis tahnik itu yang diadakan di kediaman Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, pada 26 April lalu.

Siasatan kes itu dimulakan sejak Isnin lalu selepas polis menerima satu laporan mendakwa majlis itu melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beberapa gambar berkaitan majlis itu yang dimuat naik di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk komen negatif dakwaan berlaku aktiviti rentas negeri oleh tetamu yang hadir.

Ada netizen mempersoalkan kehadiran beberapa tetamu termasuk VVIP dan penceramah agama pada majlis itu yang dikatakan datang dari luar Lembah Klang.

Pada Isnin lalu, Siti Nurhaliza, 42, dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza menafikan dakwaan majlis itu melanggar SOP kerana atur cara dan bilangan tetamu diundang mematuhi SOP penganjuran majlis sosial PKPB.

Majlis itu juga, katanya, dibahagikan kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad dan dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid.

Selain itu, Siti Nurhaliza berkata, tiada aktiviti rentas negeri berlaku kerana individu itu setuju hadir berikutan berada di Kuala Lumpur atas urusan lain pada tarikh majlis itu diadakan. – BH Online

Tags: majlis tahniksiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

Siti Nurhaliza, Suami Dikompaun RM10,000 Setiap Seorang

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd