• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT Laluan Kelana Jaya Beroperasi Seperti Biasa

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi ini dengan menggunakan satu landasan dengan disokong perkhidmatan bas perantara percuma.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan awal hari ini, berkata dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu lain serta pengurangan kapasiti kepada 50 peratus susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa. 

“Lima bas perantara dua tingkat percuma dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit pada waktu puncak, akan turut disediakan untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park,” menurut kenyataan itu.

Malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 penumpang dilaporkan mengalami luka ringan dalam perlanggaran dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya.

Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, dilaporkan berkata tren dari Gombak membawa 213 penumpang, manakala tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren LRT berkenaan.

Prasarana turut menjelaskan kakitangan operasi juga akan ditempatkan di setiap platform stesen di antara Stesen Pasar Seni sehingga Stesen Ampang Park untuk memantau, membantu memudahkan pergerakan penumpang.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai. 

“Prasarana juga telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di Stesen KLCC serta di kawasan sekitarnya bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Prasarana kesal dengan kejadian yang berlaku, dan akan terus memantau perkembangan penumpang yang terbabit dalam insiden malam tadi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna perkhidmatan Rapid KL boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’. – BH Online

Tags: kemalangan LRTLRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Impak Pelanggaran Sangat Kuat” – Mangsa

Next Post

20 Hari ‘Bertarung Nyawa’

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

20 Hari 'Bertarung Nyawa'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd