• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Adam Ditahan Polis Sekali Lagi

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan kes itu diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Saya sahkan Lokman ditangkap semalam dan masih berada dalam tahanan polis.

“Maklumat lain perlu dirujuk kepada USJT Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Semalam, Lokman menerusi Facebooknya mendakwa ditangkap mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Baru-baru ini, bekas Ahli MKT UMNO itu antara lain mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kedua dan ketiga gagal, selain mencadangkan Perdana Menteri ditukar bagi menangani isu penularan COVID-19.

Bulan lalu, Lokman ditahan berhubung kenyataan mengenai kematian pegawai polis, Asisten Komisioner Shariman Saidin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, pada 3 April lalu.

Shariman, 56, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang, akibat sakit jantung, namun tular di media sosial kononnya kematian allahyarham kerana pengambilan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dilaporkan menafikan dakwaan itu. – BH Online

Tags: ditahan polisLokman Noor Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Cedera Kereta Terjunam Dalam Tali Air

2 Lelaki Ditahan Polis Bakar Mercun Di Tempat Terbuka

09/04/2024
0

Sungai Petani: Dua lelaki ditahan polis untuk membantu siasatan kerana disyaki membakar mercun di tempat terbuka yang boleh membahayakan nyawa...

Empat Penunggang Beraksi ‘Superman’ Ditahan Polis

Empat Penunggang Beraksi ‘Superman’ Ditahan Polis

19/06/2023
0

MELAKA: Empat pemuda yang melakukan aksi 'Superman' dengan menunggang secara meniarap di atas motosikal ditahan polis di Lebuh Alor Gajah-Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd