• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Rentas Negeri, Daerah Sepanjang PKP

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang aktiviti rentas daerah dan negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula Rabu ini, kecuali bagi tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis rasmi kerajaan serta swasta turut dilarang.

“Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka tidak dibenarkan.

“Majlis akad nikah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, semua aktiviti sukan dan rekreasi turut dilarang, kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Beliau berkata, langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diteruskan. – BERNAMA

Tags: perintah kawalan pergerakanrentas daerahrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Selepas Rentas Negeri

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu, kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd