• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksana Segera PKP Penuh Untuk Cegah COVID-19

oleh
28/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya berikutan status pandemik COVID-19 yang semakin kritikal dengan kes positif harian melebihi 7,000.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata PKP penuh itu perlu dibuat selama 21 hari dan kerajaan perlu menyediakan bantuan khas kewangan bagi mengurangkan beban rakyat.

“Kita minta kerajaan mempertimbangkan kembali permohonan majoriti rakyat supaya dilakukan PKP sepenuhnya selama 21 hari.

“Kerajaan perlu sediakan bantuan khas untuk rakyat bagi tempoh itu, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan lanjutan moratorium selama tiga bulan tanpa caj tambahan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Asyraf Wajdi berkata, pihak berkaitan juga perlu akur dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan PKP sepenuhnya jika kes COVID-19 tidak menunjukkan penurunan.

Beliau turut memetik titah Sultan Ibrahim yang berbunyi: “Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan.”

Semalam, Sultan Ibrahim yang membuat gesaan itu melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes baharu COVID-19 dan mahu semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar rumah, tetapi juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran saja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain,” titah baginda.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, alasan kerugian RM2.4 bilion sehari dalam PKP 1.0 yang menyaksikan penutupan semua sektor tidak wajar dijadikan sebab untuk menolak cadangan PKP sepenuhnya.

Beliau berkata, angka kerugian itu sebenarnya bukan ditanggung rakyat tetapi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, ketika seluruh dunia menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi paling teruk, Malaysia perlu melupakan seketika ketaasuban terhadap KDNK, defisit mahupun hutang kerajaan.

“Saya yakin rakyat faham keperluan mengimbangi antara kepentingan menyelamatkan ekonomi dan nyawa.

“Tetapi (jika) selamatkan ekonomi saja, jika setiap hari angka COVID-19 meningkat, angka korban meningkat, tak ada gunanya,” katanya dalam video dikongsi di media sosial. – BH Online

Tags: Covid-19Pemuda UMNOperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd