• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan

oleh
26/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta.

Ketika dihubungi, jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan surat persetujuan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasar Salak itu dikeluarkan bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat yang ditandatangani Tengku Zafrul itu.

Tajuddin dilantik Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin adalah graduan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada 1972 dan memulakan karier dalam perkhidmatan awam pada tahun sama.

Selain itu, beliau juga berpengalaman luas dalam sektor perniagaan dan korporat sebelum menceburi bidang politik.

Beliau juga sebelum ini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 2013 hingga 2018.

Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini. – BH Online

Tags: PrasaranaTajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd