• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

oleh Iklan
04/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa difitnah bekas perdana menteri itu.

Notis tuntutan bertarikh 22 April yang dilihat Mynewshub menyebut, kenyataan fitnah Dr Mahathir terbit dalam rencana bertajuk ‘Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib, dakwa Dr Mahathir’ oleh portal The Malaysian Insight (versi Bahasa Malaysia) pada 16 April lalu.

“Anakguam kami menyatakan bahawa segala pengataan yang dikeluarkan oleh Tun yang kemudiannya dikeluarkan melalui artikel 16.04.2021 adalah tidak benar dan merupakan fitnah terhadap anakguam kami serta bertujuan untuk memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah serta kredibiliti anakguam kami sebagai individu, sebagai bekas Ketua Polis Negara dan atau termasuk sebagai bekas penjawat jwatan-jawatan lain,” katanya.

Notis itu diterbitkan firma guaman Gunaseharan & Linda yang mewakili Khalid.

Antara kandungan ayat yang didakwa fitnah ialah “Tindakan ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh ketua polis negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad.

“Perdana Menteri ketujuh itu mendedahkan demikian sewaktu menjelaskan komunikasi beliau dengan Zeti Akhtar Aziz sewaktu bekas penasihat Kerajaan itu masih menjadi Gabenor Bank Negara.”

Sehubungan itu, Dr Mahathir diminta membuat permohonan maaf secara terbuka serta bertulis dalam portal berita The Malaysian Insight dan laman sosial beliau seperti di Facebook, Instagram dan sebagainya dalam tempoh 7 hari dari tarikh notis tuntutan berkenaan.

Dr Mahathir juga dikehendaki membuat akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan yang sama secara lisan atau bertulis di mana mana saluran media penyiaran.

Tambah notis itu, Dr Mahathir juga dikehendaki menarik semula kenyataan palsu bersifat fitnah berkenaan.

Sekiranya beliau gagal mematuhi segala tuntutan di atas, maka Dr Mahathir akan berhadapan dengan tuntutan RM10 juta.

“Ringgit Malaysia sepuluh juta untuk dibayar kepada anakguam kami sebagai gantirugi yang dialami oleh anakguam kami susulan daripada kenyataan fitnah oleh Tun melalui artikel 16.04.2021,” katanya. – Mynewshub.TV

Tags: khalid abu bakarMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Capai 2 Lagi Milestone – Najib

Next Post

Pandemik Covid 19 Semakin Serius – Najib

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Pandemik Covid 19 Semakin Serius - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd