• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan LRT Pertama Kali Selepas 23 Tahun Beroperasi

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menyatakan insiden kemalangan membabitkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) adalah pertama kali berlaku di negara ini sejak operasinya pada 23 tahun lalu.

Ka Siong berkata, siasatan secara menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Ini adalah satu kejadian kemalangan yang amat serius dan mendukacitakan, Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan Prasarana dan Agensi Pengangkutan Awam Darat dalam mencari punca sebenar kejadian ini,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Prasarana sedang melihat secara terperinci sama ada perkhidmatan LRT ini akan beroperasi seperti biasa semula esok atau sebaliknya.

“Paling penting pada masa ini adalah memastikan setiap penumpang yang mengalami cedera parah dan ktritikal mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.

Ka Siong berkata, beliau difahamkan bahawa setiap penumpang juga dilindungi insurans semasa menggunakan perkhidmatan LRT tersebut.

“Fokus kita adalah merawat mereka yang cedera, perkara lain sama ada berhubung isu pampasan akan dibincangkan selepas semuanya selesai,” katanya.

Menurutnya, satu pasukan petugas khas atau task force ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden pelanggaran tren berkenaan.

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Azlan Shah Al Bakri akan hantar laporan awal kepada saya.

“Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi. Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Insiden LRTkemalangan LRTPrasarana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd